Terma Pembelian
Sila baca penerangan produk dan terma ini sebelum membuat pembelian melalui shunordin.xyz.
1. Kandungan pembelian
Produk yang diterima mengikut jenis, kandungan dan spesifikasi yang dinyatakan pada halaman produk semasa pembelian. Terma umum ini terpakai kepada produk yang ditawarkan melalui shunordin.xyz. Format, lesen, keperluan aplikasi, cara pembekalan atau penghantaran dan syarat khusus hendaklah dirujuk pada halaman setiap produk. Produk yang dinyatakan sebagai digital tidak melibatkan penghantaran barang fizikal.
Semak format fail, contoh kandungan, keperluan aplikasi dan harga sebelum checkout. Bayaran langganan aplikasi pihak ketiga tidak termasuk dalam harga produk kecuali dinyatakan secara jelas.
2. Harga dan pembayaran
Harga dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM). Semak jumlah akhir pada checkout sebelum mengesahkan bayaran. Gunakan kaedah pembayaran yang tersedia pada halaman checkout.
Bagi produk digital yang dibekalkan melalui muat turun, akses diberikan selepas pembayaran disahkan oleh sistem. Bagi produk dengan cara pembekalan lain, ikut maklumat pada halaman produk dan pesanan. Jika wang sudah ditolak tetapi pesanan masih menunggu pengesahan, hubungi Shu sebelum membuat pembayaran sekali lagi.
3. Maklumat pembeli
Pastikan nama, email dan maklumat checkout adalah betul. Email pembelian mungkin diperlukan untuk mengesahkan akses pesanan dan mendapatkan bantuan.
Jika maklumat tersalah isi, hubungi Shu bersama nombor pesanan untuk semakan.
4. Pembekalan produk dan akses fail
Cara dan tempoh pembekalan, penghantaran, caj tambahan serta had akses, jika ada, mengikut maklumat yang dipaparkan pada halaman produk dan checkout semasa pembelian. Bagi produk muat turun, gunakan pautan yang diberikan untuk pesanan awak.
Simpan salinan fail pada peranti sendiri. Jangan kongsikan pautan pesanan yang mengandungi kunci akses kepada orang lain. Rujuk Panduan Beli & Download jika perlukan bantuan.
5. Lesen penggunaan bahan digital
Lesen umum untuk bahan digital: penggunaan yang dibenarkan mengikut lesen pada halaman produk. Jika tiada lesen khusus dinyatakan, bahan digital dibekalkan untuk kegunaan pembeli sendiri. Untuk produk yang dinyatakan boleh dicetak, salinan boleh dicetak bagi kegunaan sendiri.
Pembelian tidak memindahkan hak milik kandungan asal. Jangan menjual semula, mengedar, memuat naik secara awam atau berkongsi PDF, tutorial dan prompt yang dibeli tanpa kebenaran bertulis daripada Shu. Lesen khusus yang dinyatakan pada halaman sesuatu produk akan digunakan jika berbeza daripada lesen umum ini.
6. Syarat khusus produk prompt dan design
Lesen penggunaan: prompt boleh digunakan oleh pembeli untuk membantu kerja design sendiri, termasuk kerja pelanggan, tertakluk pada syarat aplikasi AI dan hak terhadap imej rujukan yang digunakan.
Kebenaran ini tidak membenarkan penjualan atau pengedaran semula prompt, PDF tutorial atau Custom GPT yang mengandungi bahan tersebut. Jangan mendakwa bahan asal Shu sebagai karya sendiri.
Penggunaan untuk kerja komersial tidak menjamin hasil bebas daripada isu hak cipta, tanda dagangan atau hak pihak ketiga. Semak hasil dan pastikan awak mempunyai kebenaran untuk menggunakan aset rujukan.
7. Syarat khusus produk berkaitan AI
Hasil AI boleh berbeza mengikut model, aplikasi, imej rujukan dan arahan yang digunakan. Hasil mungkin memerlukan semakan, tracing atau kemasan lanjut mengikut penerangan produk.
Pembelian prompt atau tutorial tidak menjamin semua hasil akan sama dengan contoh, terus sesuai untuk cetakan atau menghasilkan pendapatan tertentu. Akaun dan langganan aplikasi pihak ketiga diurus oleh pembeli sendiri.
8. Syarat khusus produk tracker pemakanan
Meal Tracker ialah alat untuk mencatat maklumat pemakanan. Ia tidak menyediakan diagnosis, rawatan atau pelan perubatan peribadi, dan tidak menjamin jumlah penurunan berat badan.
9. Masalah produk dan refund
Jika fail rosak, produk tidak diterima, kandungan berbeza daripada penerangan atau bayaran dibuat berganda, hubungi Shu untuk semakan. Bagi produk digital, rujuk Polisi Refund Produk Digital untuk proses bantuan dan bayaran balik. Bagi jenis produk lain, syarat pemulangan atau refund yang berkaitan hendaklah dinyatakan pada halaman produk sebelum pembelian.
10. Terma yang terpakai pada pesanan
Terma dan penerangan produk yang berkuat kuasa pada masa pembelian digunakan bagi pesanan tersebut. Perubahan terma selepas pembelian tidak mengurangkan hak yang telah dipersetujui untuk pesanan terdahulu.
Terma ini tidak mengecualikan atau mengurangkan hak pengguna di bawah undang-undang Malaysia yang terpakai.
Ada soalan sebelum beli?
Wasap Shu jika awak kurang pasti tentang kandungan produk atau penggunaan yang dibenarkan.
Wasap Shu ↗