Bantuan pembelian

Panduan Beli & Download

Baru pertama kali beli produk digital dari Shu? Ikut langkah di bawah untuk buat pembayaran dan simpan fail PDF dalam telefon atau komputer awak.

Empat langkah untuk dapatkan fail awak

01 / PILIH PRODUK

Baca butiran sebelum beli

Semak penerangan, contoh dan kandungan produk. Pilih produk yang sesuai, kemudian klik butang pembelian untuk ke halaman produk atau masukkan ke cart.

Produk digital dihantar sebagai fail muat turun. Tiada penghantaran barang fizikal untuk PDF.

02 / ISI CHECKOUT

Gunakan email yang betul

Semak produk dan jumlah bayaran. Isi nama, email serta maklumat wajib yang diminta di checkout.

Pastikan email tiada typo. Gunakan email yang sama jika diminta mengesahkan pesanan kemudian.

03 / BUAT PEMBAYARAN

Pilih kaedah bayaran

Pilih kaedah yang tersedia pada checkout, seperti FPX, DuitNow QR, kad atau e-wallet. Ikut arahan pada halaman pembayaran CHIP.

Selepas bayaran berjaya, gunakan pilihan kembali ke kedai jika dipaparkan. Tunggu sehingga status bayaran disahkan.

04 / MUAT TURUN

Simpan fail PDF

Pada halaman pengesahan pesanan, cari bahagian “PDF awak dah tersedia!”. Klik butang hijau “Download PDF sini ↓” untuk fail yang dibeli.

Jika pengesahan email diminta, isi email yang digunakan semasa checkout dahulu.

Butang download yang perlu dicari

Selepas bayaran disahkan dan akses pesanan dibenarkan, fail pembelian akan dipaparkan dalam bahagian muat turun.

Download PDF sini ↓

Ini contoh rupa butang sahaja. Butang download sebenar ada pada halaman pesanan awak.

Jika PDF terus dibuka dalam browser, tekan ikon Download atau pilihan Simpan / Save untuk simpan salinan pada peranti.

Di mana PDF disimpan?

  • Android: buka aplikasi Files / My Files / Pengurus Fail, kemudian folder Downloads.
  • iPhone atau iPad: semak aplikasi Files → Browse → Downloads. Jika perlu, gunakan Share → Save to Files semasa PDF dibuka.
  • Komputer: semak folder Downloads atau senarai download dalam browser.

Buka PDF dengan aplikasi pembaca PDF. Untuk produk yang boleh dicetak, ikut saiz dan arahan cetakan dalam fail tersebut.

Dah bayar, tapi tak jumpa download?

Email yang saya terima cuma resit pembayaran.

Resit daripada penyedia pembayaran dan email pesanan kedai ialah dua perkara berbeza. Semak Inbox, Spam / Junk dan Promotions untuk email pesanan daripada kedai. Jika ada pautan muat turun, klik pautan itu. Jika tiada, gunakan halaman pengesahan pesanan yang dibuka selepas pembayaran atau hubungi Shu untuk bantuan.

Saya dah tutup halaman pengesahan pesanan.

Semak sejarah browser untuk buka semula halaman pesanan. Jika pembelian dikaitkan dengan akaun awak, login ke Akaun saya dan semak Orders / Pesanan atau Downloads / Muat turun. Untuk pembelian sebagai guest yang tiada pautan pesanan, wasap Shu bersama nombor pesanan dan email pembelian.

Halaman meminta saya sahkan email.

Isi email yang sama seperti semasa checkout. Ini membantu mengesahkan akses kepada pesanan. Jika email tersalah isi ketika membeli, hubungi Shu untuk semakan.

Duit sudah ditolak, tetapi butang download belum muncul.

Semak status pada halaman pesanan dan refresh sekali. Jika masih menunggu pengesahan, hubungi Shu bersama nombor pesanan dan bukti pembayaran. Elakkan membuat bayaran sekali lagi sebelum status transaksi pertama disemak.

Butang download tak berfungsi atau PDF tak boleh dibuka.

Cuba buka pautan menggunakan Chrome atau Safari terus, terutama jika awak sedang menggunakan browser dalam Facebook, Instagram atau aplikasi lain. Semak ruang simpanan dan cuba download semula. Jika masih gagal, hantar screenshot ralat kepada Shu.

Boleh download melalui akaun saya?

Boleh jika pesanan dikaitkan dengan akaun tersebut. Login ke Akaun saya, kemudian semak bahagian Downloads / Muat turun. Pembelian sebagai guest mungkin memerlukan pautan pesanan dan pengesahan email.

Masih perlukan bantuan?

Wasap Shu dan sertakan:

  • Nombor pesanan, jika ada.
  • Nama produk dan email yang digunakan semasa membeli.
  • Screenshot ralat atau bukti bayaran jika berkaitan.

Jangan hantar password akaun, OTP atau butiran penuh kad bank.

Wasap Shu untuk bantuan ↗